04 Ogos 2016

HIMALAYA HERBAL'S PRODUK SEMULAJADI TANPA KANDUNGAN KIMIA


REVIEW l Himalaya Herbals Produk Semulajadi Tanpa Kandungan Kimia  



    Pencuci muka seolah barangan asas bagi kaum wanita mahupun lelaki. Tapi sejauh manakah pemilihan produk muka yang bersesuaian dengan kulit wajah. Pencuci muka adalah sangat penting untuk membersihkan keseluruhan wajah setelah mengharungi kehidupan seharian. 
 


    Korang tentu sekadar mendergar produk Himalaya, tapi sejauh manakah korang mengenali produk tersebut. Actually, dulu pun aku hanya sekadar mendergar, orang kata sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan, maksudnya aku malas nak tahu tentang produk tersebut.

Fakta yang korang perlu tahu tentang produk ini adalah...

  1.  Produk diasaskan dari negara India
  2.  100% menggunakan barangan semulajadi
  3.  Bebas dari bahan kimia

     Kulit aku agak sensitif, tak semua produk muka sesuai dengan aku. Senang cerita, kulit aku tak terima barangan yang mempunyai kandungan kimia. Hah ! mulalah timbul kemerahan. Sometimes, ada juga yang tegur kenapa muka merah ?, jawapanya kulit sensitif. Mana tidak, terkena pancaran matahari mulalah naik merah ala-ala muka mat salleh datang ke Malaysia. Hahaha

     Bila datang survey ke watson's, ternampak produk himalaya herbals yang tidak mengandungi barangan kimia. Dalam hati kata, why not tak cuba kan. Harga pun taklah semahal produk yang aku pakai sebelum ni.

     Aku pun pilih mana yang sesuai dengan kulit wajah aku yang sensitif iaitu lebih kepada Combination skin. Jadi lepas baca isi kandungan hydrating face wash cream yang mengadungi aloe vera dan cucumber. 

     For you information, kenapa aku lebih berbelanja di Watson's kerana harga yang murah berbanding beauty & care yang lain. Hampir semua barang jugalah, so korang mesti jadi pengguna yang bijak tau. Watson's selalu buat harga runtuh, jadi jangan ketinggalan tau. 

     Berbalik semula isi kandungan tersebut, hydrating face wash sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, dimana ia mengelakkan kulit kering di wajah. Selain itu, ia juga melembutkan malah korang akan dapat rasakan seolah kulit korang bersih dari segala debu dan habuk yang terlekat di muka. 

    Pendapat aku setelah menggunakan Hydrating Face Wash Cream seperti kesan seawal 3 hari dimana aku merasakan kulit wajah aku tidak sekering dulu dan keturunan jerawat pun malas nak singgah. 

    Bagi korang yang mempunyai masalah kulit kering, mungkin hydrating face wash cream sangat sesuai digunakan setiap hari, malah dapat membantu masalah hydaration di muka. 
   
     Selepas mencuci muka, aku akan apply Whitening Day Cream sebagai pelindung matahari. Apa yang menarik tentang day cream ni korang akan terasa perbezaan dengan cream yang lain. Cream ni mudah meresap ke kulit wajah dan tidak berminyak seperti day cream yang lain. 

    Untuk pengetahuan korang juga, Himalaya herbals bukan sekadar mengeluarkan produk muka. Terdapat beberapa lagi penjagaan seperti :
  • Penjagaan Badan
  • Penjagaan Tangan & Kaki 
  • Penjagaan Rambut 
  • Penjagaan Bayi 
  • Penjagaan Kesihatan 
  • Penjagaan Mulut 
     Senang cerita Himalaya Herbals menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki yang berasaskan dari alam semulajadi. Wahhh ! boleh tahan juga ye. 

     Apa kata dalam masa seminggu korang manjakan kulit wajah dengan memakai mask Peel-Off Mask. Peel-Off Mask lebih memberi kesegaran dan membantu melembakan kulit wajah. 



     Rasanya dah cukup aku kongsikan tips penjagaan wajah dari Produk Himalaya. Mungkin lepas ni aku perlu stalker penjagaan yang lain seperti shampoo, mulut dan lain-lain.

    Actually, aku tak pernah lagi singgah ke kedai Himalaya. Kalau singgah tentu seronok, bayangkan semua produk penjagaan ada di sana. Kalau di area KL, korang boleh stalker di Mid Valley ataupun KLCC. Kalau di Selangor pula di Setia City Mall dan terakhir City Square, Johor. Itu tempat yang sempat aku research. 

    Kalau korang nak jadi ahli, korang perlu beli barangan himalaya minimum Rm 100 keatas. Kemudian, baru korang dapat potongan harga sebanyak 15% keatas, mengikut masa dan keadaan yang ditetapkan oleh Himalaya Herbals. 

   Sampai disini segmen bebel tentang penjagaan wajah, mungkin korang boleh cuba. Jangan tak cuba tau ! 






Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign