25 September 2016

POMADE ASET KEYAKINAN BAGI KAUM LELAKI

kaum lelaki

REVIEW l Pomade Aset Keyakinan Bagi Kaum Lelaki 

Rambut secara asasnya adalah aset bagi kaum lelaki. Dimana rambut tanda anda seorang yang menjaga kekemasan ketika di luar rumah.

Ketika dahulu aku pernah ditanya oleh seorang pensyarah......
........"Produk apa yang ingin kamu pasarkan?".......
Secara jujurnya, aku akan pasarkan produk mengenai keyakinan bagi kaum lelaki seperti minyak rambut dan lain-lain. Maklumlah zaman serba moden begini, kaum lelaki mula menyedari bahawa pentingnya kekemasan dalam kehidupan seharian. 

Hampir setiap kali ditanya, "kau guna minyak rambut apa paez?", "Boleh hantar gambar minyak rambut tuh tak? Nak beli untuk husband" dan macam-macam ragam lagi. 

 kaum lelaki

So, kali ini aku ingin kongsikan minyak rambut kekal bergaya iaitu Walter Pomade dan Skull Republic Pomade. Apa perbezaan kedua pomade ini adalah dari segi strong dan bau. 

kaum lelaki

Skull Republic Pomade lebih sesuai dipakai ketika korang kerja melebihi 12 jam sehari kerana ketahanan pomade ini mampu bertahan dan korang akan kelihatan lebih segar walaupun hampir 12 jam di luar rumah. Bau Skull Republic lebih kuat berbanding Walter Pomade. 

 kaum lelaki
Walter Pomade antara pomade kegemaran aku setiap kali keluar bekerja kerana bau yang agak lembut membuatkan aku lebih selesa dengan bauan blueberry. Dari segi ketahanan Walter Pomade sesuai kepada mereka yang bekerja dalam suasana aircond. Dimana rambut korang akan kelihatan shiny dan menyerlah. 

kaum lelaki

Bekerja sebagai Coach Cabin Crew yang tidak menentu, membuatkan aku tidak risau akan ketahanan rambut setiap kali bekerja. Ada juga kadangkala tidur hanya 3 jam sehari membuatkan aku tidak risau untuk menyisir rambut dalam keadaan yang penat. 

Sebelum aku berjumpa dengan walter pomade dan skull republic, hampir setiap hari aku stress untuk menyikat rambut kerana rambut aku yang lurus sukar untuk dibangunkan. 

Semenjak bertemu 2 jenis pomade ini, semudah 60 saat untuk aku merapikan rambut yang selama ini sukar dibangunkan. 

kaum lelaki


pomade

Setiap hari aku jadikan rambut adalah aset akseori aku supaya lebih yakin dan segar apabila berhadapan dengan penumpang. 

pomade

Aku juga sering melakukan aktiviti outdoor. Secara tidak langsung pomade membantu aku dalam kelihatan sediakala seolah tidak melakukan sebarang aktiviti lasak. 


Cara penggunaan Pomade :
  1. Pastikan rambut anda dikeringkan dahulu untuk ketahanan rambut lebih lama.
  2. Calitkan sedikit pomade sebesar syilling 20 sen.
  3. Ratakan keseluruhan rambut.
  4. Pastikan korang gunakan sikat bergigi rapat supaya mudah rambut dibangunkan.


Akhir sekali, korang akan rasa kelainan selepas menggunakan kedua pomade ni. Apa lagi jom beli untuk diri sendiri, husband, family dan rakan baik korang, supaya mereka kelihatan lebih kemas dan segar. 




Kalau korang berminat, korang boleh whatapps di talian tertera :

019 - 206 1053



23 September 2016

BAS NICE IMPERIAL MENAWARKAN PERJALANAN KELAS PERTAMA DI MALAYSIA

nice executive coach

REVIEW l Bas Nice Imperial Menawarkan Perjalanan Kelas Pertama Di Malaysia.

Perjalanan begitu selesa dengan menaiki sebuah bas mewah yang dikenali sebagai Nice Imperial. Tentu rata-rata netizen kurang mengetahui bahawa anda juga berhak menaiki sebuah bas mewah yang dilayan seperti di dalam penerbangan. 

Nice Imperial menawarkan kerusi yang berasingan dengan penumpang lain. Malah, anda juga akan dilayan oleh seorang pelayan (cabin crew) seolah anda berada di dalam penerbangan mewah. 

Nice Executive coach menggunakan konsep business class pertama di Malaysia bagi memastikan keselesaan para penumpang ketika di dalam perjalanan.

Apa yang menarik, perjalanan korang tentu selesa dengan kerusi urut ogawa dan korang akan dihidangkan makanan ketika di dalam perjalanan. 

nice executive coach

Pada masa ini, Nice menyediakan khidmat perjalanan bagi laluan berikut :
  • Kuala Lumpur - Singapura
  • Singapura - Kuala Lumpur 
  • Kuala Lumpur - Pulau Pinang
  • Pulau Pinang-Kuala Lumpur
Korang boleh menaiki bas Nice di Stesen KTM Kuala Lumpur, KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan. 


nice executive coach

nice executive coach

Para pemandu Nice adalah yang berpengalaman luas dan mempunyai rekod yang baik bagi memastikan penumpang dalam keadaan selamat ketika di dalam perjalanan.

Buat pengatahuan korang untuk menjadi seorang pemandu Nice bukan mudah, kerana pemandu tersebut mestilah bermula memandu bas Plusliner terdahulu, untuk memastikan keselamatan penumpang kelas pertama dalam keadaan selamat. 

Nice juga menyediakan perkhidmatan charter, jadi bolehlah lepas ni bagitahu boss korang gunakan perkhidmatan Nice sebagai pengangkutan ke suatu tempat yang lain.

Akhir sekali, korang boleh dapati tiket Nice di Kaunter TBS, KTM Kuala Lumpur, KL Sentral, Terminal Sg. Nibong dan The Plaza Beach Road (Singapore). Korang juga boleh beli melalui online di Catchthatbus, RedBus, easybook dan lain-lain. 


Nak tahu lebih lanjut, korang boleh stalker di 

laman web Nice Executive Bus



ATAU

KTB Infoline : 03 4045 8878 


22 September 2016

JERAMI BUAH CEMPEDAK JANGAN DIBUANG !

resepi goreng

FOOD REVIEW l Jerami Buah Cempedak Jangan Dibuang !


Agak berabuk sedikit blog aku setelah beberapa minggu tidak update sebarang perkongsian di laman blog ini. Maklumlah, kekangan masa bekerja yang tidak menentu menjadi diri ini lupa akan blog sendiri. 

Kali ini, aku ingin kongsikan masakan dari kaum Banja. Aku kongsikan bukan bermakna aku kaum Banja, tetapi masakan ini dikongsi oleh seorang kaum Banja. Katanya, ramai yang tidak tahu tentang jerami cempedak boleh dimasak dan makan dengan nasi panas begitu sahaja. 

Kali pertama menikmati jerami cempedak agak pelik sedikit, maklumlah sebelum ini kita cuma ambil isinya dimakan atau digoreng dengan tepung. Tapi kali ini aku makan jerami yang selama ini rata rakyat Malaysia membuangnya tanpa mengetahui bahawa jerami itu boleh dimakan. 

Kesempatan kali ini, aku ingin kongsikan resepi Jerami Goreng tanpa membuangnya di tong sampah. Kebiasanya, isi cempedak aku lebih memilih goreng tepung. Maklumlah, kalau makan begitu sahaja, beranginlah satu badan korang. 

jerami goreng
  1. selepas korang mengeluarkan isi buah cempedak, korang akan nampak selaput jerami.
  2. Aku menggunakan pisau untuk memisahkan jerami tersebut dengan kulitnya.
  3. Korang basuhkan jerami tersebut sehingga bersih dan rendamkan selama satu malam dengan meletakkan garam secukupnya.
  4. Kemudian, korang hiriskan bawang dan cili padi (kalau nak pedas, letak lebih pun takpe) bergantung pada jerami cempedak tersebut.
  5. Tuangkan minyak sehingga panas, kemudian letakkan bawang dan cili padi tersebut. Setelah itu, letakkan jerami tersebut dan gaul seperti biasa.
  6. Letakkan sedikit garam (agak-agak sebab korang dah rendamkan garam dengan jerami tersebut)
  7. Agak-agak dah garing, korang dah boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 


Sebentar tadi lepas aku hidangkan diatas meja, fuh ! semua puji jerami cempedak goreng sedap dan berlemak. Aku harap lepas ni korang jangan membazir dan gunakan sumber yang Allah beri tanpa membuangnya. 

Akhir sekali, korang jangan lupa kongsikan resepi ini untuk mengelakkan pembaziran tau. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign