23 September 2016

BAS NICE IMPERIAL MENAWARKAN PERJALANAN KELAS PERTAMA DI MALAYSIA

nice executive coach

REVIEW l Bas Nice Imperial Menawarkan Perjalanan Kelas Pertama Di Malaysia.

Perjalanan begitu selesa dengan menaiki sebuah bas mewah yang dikenali sebagai Nice Imperial. Tentu rata-rata netizen kurang mengetahui bahawa anda juga berhak menaiki sebuah bas mewah yang dilayan seperti di dalam penerbangan. 

Nice Imperial menawarkan kerusi yang berasingan dengan penumpang lain. Malah, anda juga akan dilayan oleh seorang pelayan (cabin crew) seolah anda berada di dalam penerbangan mewah. 

Nice Executive coach menggunakan konsep business class pertama di Malaysia bagi memastikan keselesaan para penumpang ketika di dalam perjalanan.

Apa yang menarik, perjalanan korang tentu selesa dengan kerusi urut ogawa dan korang akan dihidangkan makanan ketika di dalam perjalanan. 

nice executive coach

Pada masa ini, Nice menyediakan khidmat perjalanan bagi laluan berikut :
  • Kuala Lumpur - Singapura
  • Singapura - Kuala Lumpur 
  • Kuala Lumpur - Pulau Pinang
  • Pulau Pinang-Kuala Lumpur
Korang boleh menaiki bas Nice di Stesen KTM Kuala Lumpur, KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan. 


nice executive coach

nice executive coach

Para pemandu Nice adalah yang berpengalaman luas dan mempunyai rekod yang baik bagi memastikan penumpang dalam keadaan selamat ketika di dalam perjalanan.

Buat pengatahuan korang untuk menjadi seorang pemandu Nice bukan mudah, kerana pemandu tersebut mestilah bermula memandu bas Plusliner terdahulu, untuk memastikan keselamatan penumpang kelas pertama dalam keadaan selamat. 

Nice juga menyediakan perkhidmatan charter, jadi bolehlah lepas ni bagitahu boss korang gunakan perkhidmatan Nice sebagai pengangkutan ke suatu tempat yang lain.

Akhir sekali, korang boleh dapati tiket Nice di Kaunter TBS, KTM Kuala Lumpur, KL Sentral, Terminal Sg. Nibong dan The Plaza Beach Road (Singapore). Korang juga boleh beli melalui online di Catchthatbus, RedBus, easybook dan lain-lain. 


Nak tahu lebih lanjut, korang boleh stalker di 

laman web Nice Executive Bus



ATAU

KTB Infoline : 03 4045 8878 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign