22 September 2016

JERAMI BUAH CEMPEDAK JANGAN DIBUANG !

resepi goreng

FOOD REVIEW l Jerami Buah Cempedak Jangan Dibuang !


Agak berabuk sedikit blog aku setelah beberapa minggu tidak update sebarang perkongsian di laman blog ini. Maklumlah, kekangan masa bekerja yang tidak menentu menjadi diri ini lupa akan blog sendiri. 

Kali ini, aku ingin kongsikan masakan dari kaum Banja. Aku kongsikan bukan bermakna aku kaum Banja, tetapi masakan ini dikongsi oleh seorang kaum Banja. Katanya, ramai yang tidak tahu tentang jerami cempedak boleh dimasak dan makan dengan nasi panas begitu sahaja. 

Kali pertama menikmati jerami cempedak agak pelik sedikit, maklumlah sebelum ini kita cuma ambil isinya dimakan atau digoreng dengan tepung. Tapi kali ini aku makan jerami yang selama ini rata rakyat Malaysia membuangnya tanpa mengetahui bahawa jerami itu boleh dimakan. 

Kesempatan kali ini, aku ingin kongsikan resepi Jerami Goreng tanpa membuangnya di tong sampah. Kebiasanya, isi cempedak aku lebih memilih goreng tepung. Maklumlah, kalau makan begitu sahaja, beranginlah satu badan korang. 

jerami goreng
  1. selepas korang mengeluarkan isi buah cempedak, korang akan nampak selaput jerami.
  2. Aku menggunakan pisau untuk memisahkan jerami tersebut dengan kulitnya.
  3. Korang basuhkan jerami tersebut sehingga bersih dan rendamkan selama satu malam dengan meletakkan garam secukupnya.
  4. Kemudian, korang hiriskan bawang dan cili padi (kalau nak pedas, letak lebih pun takpe) bergantung pada jerami cempedak tersebut.
  5. Tuangkan minyak sehingga panas, kemudian letakkan bawang dan cili padi tersebut. Setelah itu, letakkan jerami tersebut dan gaul seperti biasa.
  6. Letakkan sedikit garam (agak-agak sebab korang dah rendamkan garam dengan jerami tersebut)
  7. Agak-agak dah garing, korang dah boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. 


Sebentar tadi lepas aku hidangkan diatas meja, fuh ! semua puji jerami cempedak goreng sedap dan berlemak. Aku harap lepas ni korang jangan membazir dan gunakan sumber yang Allah beri tanpa membuangnya. 

Akhir sekali, korang jangan lupa kongsikan resepi ini untuk mengelakkan pembaziran tau. 




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign