27 Mac 2017

7 TIPS MELANCONG KE NEGARA REPUBLIK SINGAPORE

                            

Travelog l 7 Tips Melancong Ke Negara Republik Singapore

     Travel sudah tentu menjadi impian seseorang untuk melancong ke luar negara sama ada dekat mahupun jauh. Ia ibarat menjadi rutian tahunan seseorang untuk melepaskan tekanan setelah penat lelah bekerja. Ada juga beranggapan melancong sebagai ganjaran untuk diri sendiri. 

    Tapi, pernah tak korang terfikir? korang mengalami masalah ketika di pusat pemeriksaan Imigresen atau kastam. 

    Segmen kali ini, aku ingin kongsikan tips untuk melepasi pusat pemeriksaan negara Republik Singapore. Tentu anda terfikir, kenapa pilih Kota Singa ? kenapa tak US, Korea, mahupun negara-negara yang terkenal dengan keindahan pusat pelancongan. Disebabkan rutin kerja aku handle penumpang macam-macam negara, jadi macam-macam ragam aku perlu tempuh. Kerjaya sebagai cabin crew bas tidaklah segah seperti di penerbangan. Bezannya aku menghidangkan di atas jalanraya yang penuh onak dan duri. Faham-faham je lah jalanraya Malaysia ni. 

    Rata-rata netizen beranggapan Kota Singa adalah negara mudah melancong, andai korang ikut 7 tips melancong negara Republik Singapore yang bakal aku kongsikan. 

1. Isi Imigresen Kad (White Card) 

                 

     Penting ke migresen kad sampai perlu diisi. Yaa ! memang penting kalau anda taknak ditinggal bas. Kebiasanya, kalau anda menaiki bas ekonomi ke Singapore, pemandu bas akan edarkan white card terlebih dahulu. Ketika itu, anda jangan berlenggah masa, ambil pen terus isi. 

     Sekiranya anda menaiki bas Eksekutif seperti NICE IMPERIAL atau Transtar ia dikenali sebagai bas kelas pertama kerana memiliki ruang kabin yang besar. Kalau anda menaiki bas Eksekutif, anda tak perlu khuatir kerana adanya Cabin Crew bas akan guide anda sampai ke destinasi.

3 jenis bas Eksekutif korang boleh survey:

1) NICE Express - Terminal ketibaan dan Perlepasan di KL Sentral dan KTM Kuala Lumpur 

                    tips melancong

                                    tips melancong


2) Transtar Express - Terminal Ketibaan dan Perlepasan di Jalan Imbi, KL.

                       tips melancong ke singapore

                                             tips melancong ke singapore



3) Aeroline Express - Terminal Ketibaan dan Perlepasan di Bandar Utama, Sunway Piramid dan Hotel Corus. 


                           tips melancong ke singapore

                           tips melancong ke singapore


     Jika anda menaiki bas eksekutif, anda akan disediakan "complimentary meals" seperti nasi goreng, spaggethi, nasi lemak, nasi berlauk dan lain-lain mengikut menu yang ditetapkan oleh syarikat bas tersebut. Malah bukan setakat itu sahaja, anda boleh menonton filem secara peribadi. 

    Pastikan anda tidak terlepas pandang untuk mengisi alamat, kemana hala tuju anda selepas masuk ke Kota Singa. Kalau anda menginap di hotel, anda perlu mengisi nama hotel dan jika anda balik hari cuma perlu mengisi "Day Trip". 



2. Tidak dibenarkan membawa tobacco dan Alkohol (Minuman keras)


    Hah ! kebanyakkan bila aku tanya penumpang aku. Ada yang mengaku, ada pula yang tidak mengaku !. Akhirnya sangkut di pengimbas kastam Singapore. Korang hanya dibenarkan membawa sekotak rokok yang perlu dikurangkan 1 batang. Seterusnya, Alkohol antara barangan terlarang dan tidak dibenarkan masuk, jika anda masih berdegil ingin membawa masuk. Alkohol tersebut perlu dikurangkan 1/4 botol. 

    Kalau anda membawa melebihi 1 kotak rokok atau 1 botol alkohol, Seeloknya anda perlu mengistiharkan barang tersebut di kaunter kastam (sebelum proses pengimbas kastam). Kastam Singapore akan mengenakan denda sebagai cukai barangan. Sekiranya anda didapati tertangkap, (tidak mengisytiharkan barang cukaian). Anda akan ditahan, dan perlu membayar cukai atau mungkin anda perlu buang barang tersebut. Proses yang agak lama dan anda bakal ditinggalkan. 


3. Rokok Elektronik (Vape) 


    Aikk ! Vape pun tidak dibenarkan. Yaa ! memang tidak dibenarkan pun. Dekat sana pun memang tidak dibenarkan membuat urusan jual beli. Dekat sana, kalau anda sebut Vape, staff ICA Singapore agak celaru sikit. Jadi, seeloknya korang panggil "Electronic Cigarette". Ingat ! vape barangan terlarang. Kebiasanya, anda ade 1 pilihan iaitu buang dalam tong sampah atau korang ditahan dan secara tidak langsung anda akan ditinggalkan bas. 



4. Mengelakkan Beratur PANJANG di Pusat Pemeriksaan ICA.


    Point no. 4 sangat-sangat penting kalau anda taknak kena beratur sampai 2-3 Jam. Tipulah sampai 2-3 jam, tak percaya cubalah. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapore mengambil jangkaan masa 5 jam. Demi mengelakkan anda beratur panjang, pastikan anda tidak sampai diantara waktu 12 tengahari hingga 7 petang oleh kerana sekumpulan warga dari negara China berpusu-pusu masuk ke Singapore. 

    Begitu juga kalau keluar dari Singapore, pastikan korang balik sebelum 1 tengahari atau selepas jam 9 malam. Elakkan balik hari jumaat selepas 6 petang, pada waktu itu ramai pekerja Malaysia pulang ke Malaysia termasuklah warga Singapore bercuti di Kuala Lumpur.



5. Tidak Dibenarkan Sesekali Menangkap Gambar Atau Merekod Sebarang Video


    Yaa ! walaupun nampak pelik. Tapi korang perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Imigration & Custom Authority (ICA) di Kastam Singapore. Sekiranya korang masih berdegil selfie di dalam Kastam Singapore, anda mungkin bakal diambil tindakan dan disoal siasat. 

    Jangan ambil mudah bab ni !. Jadi sekiranya anda ditangkap oleh staff ICA, bukan setakat disoal siasat, korang turut dimarahi dan perlu membuang gambar tersebut.


6. Melancong Dengan Bajet Yang Rendah


    Memandangkan pertukaran wang Malaysia ke Singapore yang agak tinggi. Mungkin anda boleh melancong tanpa menginap disana. Kebiasanya, penumpang dari "worldwide", mereka akan menaiki bas 12 pagi dan tiba di Singapore lebih kurang 5 pagi. Dan mereka akan menghabiskan masa di Kota Singa sampai lewat petang. 

    Kebiasanya, mereka akan pulang ke Malaysia menaiki bas jam 8 malam. Dekat sini, korang dah dapat "save budget". Kalau anda "backpackerz" seorang diri, anda boleh menginap hostel di Singapore dengan berharga 35$ Sin Dolar.

    Apa yang anda perlu tahu jika anda menaiki bas "midnight". Anda tak perlu beratur panjang di Imigresen atau kastam kerana pada waktu itu, perkhidmatan bas agak kurang berbanding waktu siang. Aku mencadangkan agar korang mengambil bas Nice Express jika korang ingin menaiki bas midnight.


7. Ditinggalkan Bas Ketika Di Kastam Singapore. 


     Sepanjang aku bekerja, kebiasanya penumpang yang ditinggalkan mempunyai masalah dan beratur terlalu panjang. Untuk anda warga Malaysia agak susah untuk mempunyai masalah passport di sana melainkan korang membawa rokok berkotak-kotak, rokok eletronik dan lain-lain. 

    Anda jangan pelik, kalau nampak warga timur tengah berparti di dalam pejabat, kebiasanya mereka akan disiasat. Maklumlah, negara Kota Singa beranggapan mereka adalah "terrorist". Begitu juga lelaki Indonesia, mereka juga pun turut disiasat, untuk mengelakkan membuang masa, aku terlebih dahulu mengaturkan penumpang yang keberangkalian ditahan berbaris dihadapan. 

    Oleh itu, jika anda ditinggalkan di Kastam Singapore. Tak perlu rasa takut, risau dan sebagainya. Anda boleh risik dekat pemandu bas express dan bertanyakan jika korang boleh tumpang ke terminal yang mereka tujui. 


    Akhir kalam, aku berharap 7 tips perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan mereka yang ingin melancong ke negara Republik Singapore. Walaubagaimanapun, perkongsian ini adalah perkara asas yang netizen perlu tahu jika ingin melancong menaiki perkhidmatan bas express. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign