16 Ogos 2017

PERKHIDMATAN FIRMA GUAMAN DAN HARTANAH SEKITAR JOHOR

firma guaman

TIPS l Perkhidmatan Firma Guaman Dan Hartanah Sekitar Johor.


Firma guaman tidak asing lagi untuk menyelesaikan pelbagai masalah dari kes ringan hingga ke hukuman berat. Pada masa kini, firma guaman kini turut membantu mengurangkan bebanan PDRM dalam menyelesaikan kes-kes jenayah dan sivil.

Kini netizen Malaysia tidak asing lagi untuk menggunakan khidmat peguam dalam menyelesaikan kes berkaitan jenayah dan sivil. Tetapi dalam masa yang sama, rata netizen Malaysia masih menganggap bahawa tiada kepentingan untuk melantik peguam hartanah, sekiranya ia sekadar isi borang itu dan ini dan selepas itu pergi sahaja ke pejabat tanah, maka selesai urusan. Segmen kali ini, kita akan mengupas bahawa melantik peguam hartanah adalah satu kepentingan.


 Firma guaman johor

1) Jual beli hartanah melibatkan undang-undang

Urusan jual beli hartanah ini bukan setakat urusan surat menyurat semata-mata, ia melibatkan isu undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.

Sebagai contoh, sekiranya anda beli rumah dengan harga RM350,000.00, dan bayaran tersebut hendaklah dijelaskan dalam masa tiga bulan daripada tarikh perjanjian jual beli. Apa akan jadi sekiranya anda gagal menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Oleh kerana itu, penting untuk anda melantik peguam hartanah untuk memudahkan urusan jual beli hartanah. Kebiasaanya peguam anda akan menyediakan Surat Perjanjian Jual Beli atau Sales Purchase Agreement (SPA) untuk memastikan hak pindah milik. SPA adalah satu kontrak penting dalam urusan jual beli.

Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu perundangan, pasti ia akan menyebabkan kesusahan kepada anda.

Sekiranya anda melantik peguam, pastinya segala hak dan kepentingan anda berkaitan dengan urusniaga jual beli hartanah tersebut akan sebaik mungkin dilindungi oleh peguam anda.

 jual beli hartanah johor



2. Memudahkan kelulusan pinjaman hartanah
Jika anda melantik peguam, peguam juga boleh tolong uruskan urusan pinjaman / pembiayaan pembelian hartanah anda, dengan bank di mana firma mereka menjadi panel kepada bank tersebut.

Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman / pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan tersebut terus kepada bank.

Selepas pinjaman/ pembiayaan tersebut diluluskan, secara automatic peguam yang sama akan uruskan urusan dokumen pinjaman/ pembiayaan hartanah anda. Jadi, kelebihannya adalah, anda hanya perlu gunakan khidmat satu peguam sahaja untuk kedua-dua urusan tersebut, iaitu urusan jual beli dan urusan pinjaman perumahan.

Sebaliknya, jika anda sendiri yang serahkan permohonan pinjaman/ pembiayaan tersebut terus kepada bank, berkemungkinan besar, pihak bank akan melantik peguam lain untuk menyediakan dokumen pinjaman/ pembiayaan hartanah anda.

Jika itu berlaku, anda terpaksa menggunakan khidmat 2 orang peguam. Perkara tersebut sedikit sebanyak boleh melewatkan urusan dokumentasi pinjaman/ pembiayaan anda.

Begitu juga proses jual beli hartanah lelong, selepas anda menang sebagai pembida anda diberi tempoh 120 hari untuk menyelesaikan beberapa perkara penting. Sekiranya tidak, 10% deposit bank draf anda akan lesap, ini bermakna penting untuk anda mengambil khidmat firma guaman hartanah.

Sekirannya anda memerlukan khidmat Firma Guaman atau anda mencari Peguam Hartanah untuk membantu dalam proses jual beli hartanah, anda boleh datang ke Pejabat Firma Guaman di bawah atau hubungi jika mempunyai sebarang soalan.


Sila hubungi :

019-2061053 (Personal)
07-2210227 (Office)


Alamat :

Shahrizal Nasir & CO (Peguambela & Penguamcara)

08-13 Menara TJB, Jalan Dato Syed Muhd Mufti
80000 Johor Bahru, Johor Darul Tak'zim







11 Ogos 2017

PREMIER CLINIC ANTARA KLINIK AESTHETIC TERBAIK MENYELESAIKAN PERMASALAHAN ANDA !


REVIEW l Premier Clinic Antara Klinik Aesthetic Terbaik Menyelesaikan Permasalahan Anda ! 

Jika dahulunya, Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi Mercu kebanggaan Malaysia. Kini kecantikkan juga adalah sebahagian mercu seseorang untuk menampilkan dirinya akan kelihatan terpersona di khayalak ramai. 

Untuk pengetahuan netizen, Klinik Aesthetic adalah klinik kecantikkan untuk seseorang agar lebih tampil cantik dan berkeyakinan tinggi. Apa yang lebih menarik di Premier Clinic, ia menawarkan rawatan kecantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Peredaran zaman telah bertukar, kini kaum lelaki lebih metroseksual menjaga aura luaran untuk tampil bergaya. Maka tidaklah pelik, jika permintaan barangan penggayaan industri fesyen lelaki semakin pesat berbanding wanita. Dalam hal ini, lelaki sedar bahawa pentingnya penjagaan rawatan muka dan sebagainya. 

Di Premier Clinic, mereka yang hadir untuk membuat rawatan akan diberi satu sesi consultation bersama Doktor Aesthetic untuk mengetahui lebih lanjut permasalahan yang dihadapi oleh pesakit.

 Klinik Aesthetic

Ketika hadiri sesi Consultation dan Treatment beberapa bulan yang lepas, aku telah disambut baik oleh Mrs Suize Wong iaitu Branch Manager Premier Clinic di Puchong Jaya. Untuk pengetahuan korang, Mrs Suize dan beberapa staff di Premier Clinic Puchong Jaya sangat friendly. Hal ini menambahkan keyakinan buat diri aku, bahawa Premier Clinic bukan sekadar Klinik Aesthetic untuk kecantikkan semata-mata, tapi mempunyai sikap kecantikkan yang ramah mesra kepada pesakit yang hadir. 


Klinik Aesthetic

Mrs Suize Wong telah memperkenalkan Dr Lai Wai See sebagai doktor yang bertugas pada ketika itu. Ketika aku diberi penerangan oleh Dr Lai Wai See, Dr Aesthetic ini sangat menitik beratkan soal penjagaan kulit wajah dan menerangkan bagaimana pertumbuhan jerawat terjadi. 

Dr. Lai Wai See mengatakan bahawa, jika kita tidak membasmi jerawat yang berada di dalam sel kulit muka, kemungkinan pertumbuhan jerawat kerap berlaku, walaupun kita menggunakan pelbagai produk muka atau rawatan hanya diluar sahaja. 

Seterusnya, Dr. Lai Wai See juga memperkenalkan rawatan terbaru di Malaysia iaitu "Naro Fractional RF (Radio Frequency)" atau dikenali sebagai rawatan Vinus Viva. Vinus Viva antara rawatan yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Untuk korang tahu lebih lanjut, korang boleh dapatkan penerangan dari Doktor Kecantikan di Premier Clinic.


Antara rawatan kecantikan yang disediakan oleh Premier Clinic adalah :


  • Active Acne & Acne Scar
  • Fat / Weight Loss
  • Pigmentation / Age Spot
  • Pores / Texture
  • Skin Disease & Joint Problem
  • Wrinkles / Fine Lines
  • Facial Sculpting / Contouring
  • Birthmark
  • Bioidentical Hormones & Anti-aging
  • Body Contouring
  • Saggy Skin
  • Under Eye / Eye Bags
  • Dull Skin
  • Melasma
  • Permanent Hair Removal
  • Strech Marks
  • Keloid Removal
  • Broken Capillaries
  • Excessive Sweating
  • Spider Vein / Fine Veins Removal
  • Skin Lightening
  • Milia / Oil Seeds / Mole / Wart Removal
  • Tattoo Removal
  • Hair Loss / Balding
  • Cellulite
  • Fungal Infection
  • Vaginal Rejuvenation



Dr. Lai menyarankan aku untuk melakukan rawatan "laser" untuk menghilangkan kesan parut jerawat dan sel kulit mati. Untuk pertama kalinya, aku merasai rawatan laser ini dan sememangnya rawatan laser ini tidaklah memberi kesan buruk kepada pesakit. 

Langkah pertama, mereka meletakkan serta meratakan krim kebas sebagai bius sebelum melakukan rawatan laser. Proses rawatan bius ini selama 45 minit - 1 jam untuk memberi kesan kebas di kulit wajah untuk mengurangkan kesakitan sebelum rawatan laser dimulai.  

Langkah kedua, selepas proses bius di kulit wajah. Kulit wajah pesakit akan dibersih semula untuk proses selanjutnya, iaitu rawatan laser.



Langkah seterusnya, rawatan yang ditunggu-tunggu akan dimulai. Perasaan debar juga menghantui diri aku, maklumlah ketika proses consultation, aku di ingatkan selepas proses rawatan laser ini. Kebanyakkan wajah pesakit akan kelihatan merah untuk beberapa hari. Kebiasaanya, lebih kurang 2-3 hari bergantung kepada kulit seseorang.

Dekat sini aku ingin berkongsikan ketika menjalani rawatan laser. Aku akui sendiri, rawatan laser agak perih ketika menjalani. Tetapi, kesan bius dimuka dapat mengurangkan kesakitan di kulit wajah, kadar kesakitan aku rasai 4/10. Betul orang kata "Beauty is Pain". Ada juga beberapa kenalan aku berkongsi, ketika mereka menjalani rawatan laser di luar, ada yang tidak memakai bius. 

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, Premier Clinic adalah klinik aethetic yang mementingkan keselamatan dan kualiti sesebuah rawatan yang dilakukan. 

Selepas menjalani rawatan tersebut, wajah aku kelihatan merah. Tetapi, kurang 24 jam merah di kulit wajah aku beransur seperti biasa. 

 Klinik Aesthetic

Untuk memberi ulasan mengenai rawatan ini, aku mengambil masa selama 3 hingga 4 bulan untuk melihat perbezaan selepas melakukan rawatan ini. Pastinya agak memberangsangkan, kerana lapisan parut kulit wajah aku mengelupas dan parut jerawat kian pudar.

 Klinik Aesthetic


Puchong Branch (Seberang IOI Mall)

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, 
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.





Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Branch

31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 
60000 WP Kuala Lumpur.






Bangsar Branch

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.





(contactable 7 days a week from 8am - 10pm)


Klinik Aesthetic

Terima kasih kepada Dr. Lai Wai See, Mrs Suize Wong dan beberapa staff Premier Clinic diatas layanan yang baik serta berkongsi tentang penjagaan muka yang sebenar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign