11 Ogos 2017

PREMIER CLINIC ANTARA KLINIK AESTHETIC TERBAIK MENYELESAIKAN PERMASALAHAN ANDA !


REVIEW l Premier Clinic Antara Klinik Aesthetic Terbaik Menyelesaikan Permasalahan Anda ! 

Jika dahulunya, Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi Mercu kebanggaan Malaysia. Kini kecantikkan juga adalah sebahagian mercu seseorang untuk menampilkan dirinya akan kelihatan terpersona di khayalak ramai. 

Untuk pengetahuan netizen, Klinik Aesthetic adalah klinik kecantikkan untuk seseorang agar lebih tampil cantik dan berkeyakinan tinggi. Apa yang lebih menarik di Premier Clinic, ia menawarkan rawatan kecantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Peredaran zaman telah bertukar, kini kaum lelaki lebih metroseksual menjaga aura luaran untuk tampil bergaya. Maka tidaklah pelik, jika permintaan barangan penggayaan industri fesyen lelaki semakin pesat berbanding wanita. Dalam hal ini, lelaki sedar bahawa pentingnya penjagaan rawatan muka dan sebagainya. 

Di Premier Clinic, mereka yang hadir untuk membuat rawatan akan diberi satu sesi consultation bersama Doktor Aesthetic untuk mengetahui lebih lanjut permasalahan yang dihadapi oleh pesakit.

 Klinik Aesthetic

Ketika hadiri sesi Consultation dan Treatment beberapa bulan yang lepas, aku telah disambut baik oleh Mrs Suize Wong iaitu Branch Manager Premier Clinic di Puchong Jaya. Untuk pengetahuan korang, Mrs Suize dan beberapa staff di Premier Clinic Puchong Jaya sangat friendly. Hal ini menambahkan keyakinan buat diri aku, bahawa Premier Clinic bukan sekadar Klinik Aesthetic untuk kecantikkan semata-mata, tapi mempunyai sikap kecantikkan yang ramah mesra kepada pesakit yang hadir. 


Klinik Aesthetic

Mrs Suize Wong telah memperkenalkan Dr Lai Wai See sebagai doktor yang bertugas pada ketika itu. Ketika aku diberi penerangan oleh Dr Lai Wai See, Dr Aesthetic ini sangat menitik beratkan soal penjagaan kulit wajah dan menerangkan bagaimana pertumbuhan jerawat terjadi. 

Dr. Lai Wai See mengatakan bahawa, jika kita tidak membasmi jerawat yang berada di dalam sel kulit muka, kemungkinan pertumbuhan jerawat kerap berlaku, walaupun kita menggunakan pelbagai produk muka atau rawatan hanya diluar sahaja. 

Seterusnya, Dr. Lai Wai See juga memperkenalkan rawatan terbaru di Malaysia iaitu "Naro Fractional RF (Radio Frequency)" atau dikenali sebagai rawatan Vinus Viva. Vinus Viva antara rawatan yang sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Untuk korang tahu lebih lanjut, korang boleh dapatkan penerangan dari Doktor Kecantikan di Premier Clinic.


Antara rawatan kecantikan yang disediakan oleh Premier Clinic adalah :


  • Active Acne & Acne Scar
  • Fat / Weight Loss
  • Pigmentation / Age Spot
  • Pores / Texture
  • Skin Disease & Joint Problem
  • Wrinkles / Fine Lines
  • Facial Sculpting / Contouring
  • Birthmark
  • Bioidentical Hormones & Anti-aging
  • Body Contouring
  • Saggy Skin
  • Under Eye / Eye Bags
  • Dull Skin
  • Melasma
  • Permanent Hair Removal
  • Strech Marks
  • Keloid Removal
  • Broken Capillaries
  • Excessive Sweating
  • Spider Vein / Fine Veins Removal
  • Skin Lightening
  • Milia / Oil Seeds / Mole / Wart Removal
  • Tattoo Removal
  • Hair Loss / Balding
  • Cellulite
  • Fungal Infection
  • Vaginal Rejuvenation



Dr. Lai menyarankan aku untuk melakukan rawatan "laser" untuk menghilangkan kesan parut jerawat dan sel kulit mati. Untuk pertama kalinya, aku merasai rawatan laser ini dan sememangnya rawatan laser ini tidaklah memberi kesan buruk kepada pesakit. 

Langkah pertama, mereka meletakkan serta meratakan krim kebas sebagai bius sebelum melakukan rawatan laser. Proses rawatan bius ini selama 45 minit - 1 jam untuk memberi kesan kebas di kulit wajah untuk mengurangkan kesakitan sebelum rawatan laser dimulai.  

Langkah kedua, selepas proses bius di kulit wajah. Kulit wajah pesakit akan dibersih semula untuk proses selanjutnya, iaitu rawatan laser.



Langkah seterusnya, rawatan yang ditunggu-tunggu akan dimulai. Perasaan debar juga menghantui diri aku, maklumlah ketika proses consultation, aku di ingatkan selepas proses rawatan laser ini. Kebanyakkan wajah pesakit akan kelihatan merah untuk beberapa hari. Kebiasaanya, lebih kurang 2-3 hari bergantung kepada kulit seseorang.

Dekat sini aku ingin berkongsikan ketika menjalani rawatan laser. Aku akui sendiri, rawatan laser agak perih ketika menjalani. Tetapi, kesan bius dimuka dapat mengurangkan kesakitan di kulit wajah, kadar kesakitan aku rasai 4/10. Betul orang kata "Beauty is Pain". Ada juga beberapa kenalan aku berkongsi, ketika mereka menjalani rawatan laser di luar, ada yang tidak memakai bius. 

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, Premier Clinic adalah klinik aethetic yang mementingkan keselamatan dan kualiti sesebuah rawatan yang dilakukan. 

Selepas menjalani rawatan tersebut, wajah aku kelihatan merah. Tetapi, kurang 24 jam merah di kulit wajah aku beransur seperti biasa. 

 Klinik Aesthetic

Untuk memberi ulasan mengenai rawatan ini, aku mengambil masa selama 3 hingga 4 bulan untuk melihat perbezaan selepas melakukan rawatan ini. Pastinya agak memberangsangkan, kerana lapisan parut kulit wajah aku mengelupas dan parut jerawat kian pudar.

 Klinik Aesthetic


Puchong Branch (Seberang IOI Mall)

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, 
Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.





Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Branch

31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 
60000 WP Kuala Lumpur.






Bangsar Branch

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur.





(contactable 7 days a week from 8am - 10pm)


Klinik Aesthetic

Terima kasih kepada Dr. Lai Wai See, Mrs Suize Wong dan beberapa staff Premier Clinic diatas layanan yang baik serta berkongsi tentang penjagaan muka yang sebenar. 



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign