18 Oktober 2018

RESTORAN LEMON TREE MENYAJI PELBAGAI STYLE MASAKAN DI JOHOR BAHRU

Masakan Menarik di Johor Bahru

REVIEW l Restoran Lemon Tree Menyaji Pelbagai Style Masakan di Johor Bahru


Berborak tentang makanan tak pernah lekang di mulut kita semua, dan ia bagaikan terapi minda setiap orang apabila dihidangkan pelbagai menu. 

Masakan Menarik di Johor Bahru

Setiap kali hadir dalam review makanan, pasti mencari perbezaan yang dihindangkan untuk menggamit kelazatan yang disajikan. 

Restoran Lemon Tree berjaya membawa satu kelainan dari yang lain dengan menyajikan pelbagai style masakan untuk memenuhi citarasa pelanggan yang hadir. 

Masakan Menarik di Johor Bahru


Masakan Menarik di Johor Bahru

Mr. Jeffery Bong (Founder of Lemon Tree Restaurant) membawa pelbagai style masakan. Antaranya, Italian food, Pizza serendah harga RM21-80, Western food dan semestinya selera tekak kita iaitu all Asian food. Korang bayangkan korang boleh menikmati semua hidangan dengan harga yang sangat berpatutan 




Masakan Menarik di Johor Bahru

Kebanyakkan Ibu bapa akan pening kepala ketika ingin membawa anak-anak makan diluar, maklumlah kebanyakkan restoran lebih memenuhi menu masakan jenis dewasa. Anak bahagia korang pun bahagia. hehe

Masakan Menarik di Johor Bahru

Masakan Menarik di Johor Bahru

Masakan Menarik di Johor Bahru

Masakan Menarik di Johor Bahru

Pembuka hidangan yang pertama disajikan "Garden Salad Salmon Chunk with Italian Vimaigrette Dressing" dengan harga RM16-80 sahaja. Salad yang sangat ranggup dituangan bersama sos untuk menambah keenakan ikan salmon.  

Masakan Menarik di Johor Bahru

Bagi mereka penggemar dalam masakan Western Food, sangat mengalukan. Bagi aku, hidangan Aglio Olio cukup menyelerakan dan sempurna kerana beberapa kombinasi seafood ketika dihidangkan. Rasa sangat perfect ! tidak berminyak dan yang paling best spagetti yang agak pejal dalam erti kata tidak terlebih rebus atau terkurang. Harga yang tidak masuk dek akal hanya RM8-00 sahaja !



Masakan Menarik di Johor Bahru

"Mushroom Grilled Perch Fish" atau melayunya ikan Jenahak di grill bersama kuah cendawan. Nampak simple tapi sangat sedap, korang boleh try dengan harga RM14-80 sahaja !

Masakan Menarik di Johor Bahru

Menu seterusnya "Black Pepper Egg & Cheese Beef Burger", daging yang sangat lembut dan padat di dalam hidangan yang disajikan bersama roti yang sangat lembut. Gila kalau tak lembut dan sedap sebab kesemuanya mereka membuat dengan sendiri.Harga yang sangat berbaloi serendah RM18-80 sahaja.

Masakan Menarik di Johor Bahru

"Mostaccioli Chicken Bolognese" RM13-00 sahaja

Agak kurang jenis pasta Mostaccioli, tapi dalam diam secara tidak sengaja telah berjaya menghabiskan dengan sempurna. Mungkin faktor kuah bolognese yang memikat hati kot. 

Masakan Menarik di Johor Bahru

Masakan Menarik di Johor Bahru

Kalau korang datang kesini, wajib order "Thai Style Minced Chicken Pizza" dengan harga RM20-80. Ramai yang tanya, mana best menu yang boleh recommended. Semestinya adalah Pizza yang dihidangkan dengan sempurna.

Apa yang menarik, roti yang sangat lembut, gebu, gebas bersama ayam dengan dilampahi cheese yang meleleh. Paling best, walaupun pizza korang dah sejuk tapi tetap maintain ranggup dan lembut.  

Masakan Menarik di Johor Bahru
Black Pepper Chicken RM 10-80


Masakan Menarik di Johor Bahru

Masakan Menarik di Johor Bahru

Penutup, korang boleh order kek Coklat dan Tiramisu yang sangat lembut. Paling penting tidak terlalu manis. Dessert dengan serendah harga RM9-80 sahaja.


Tahniah Restoran Lemon Tree atas pembukaan cawangan yang ketujuh ! 

CAWANGAN DESA JAYA 
(Operation Hours : 11.30am - 10.30pm)
No. 33, Jalan Danau 3, Taman Desa Jaya
81100 Johor Bahru, Johor. 

Masakan Menarik di Johor Bahru


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by Faez laaaaaa